Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan
Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tiada hentinya memanjatkan doa
Semoga jiwa ini terus tabah
Sesungguhnya saat yang terindah hanya sementara
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa
Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali
Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalan ini
Life is 0ur 0wn tales..
Saturday, 31 December 2011
Berdayakah aku..?
Semalaman aku bersujud kepada Ilahi. Mencari kekuatan dalam diri ini, Mencari ketenangan dalam diri ini. Bangun pada malam hari bersujud kepadaNya sudah cukup membuat aku insaf dan membuat aku sedar bahawa apa yang berlaku semua ini adalah ketentuan dariNya..aku redha dengan semua yang berlaku. Hanya memohon kepadaNya aku dapat menenangkan jiwa dan hati ini. Kepada siapa lagi untuk aku mengadu tentang apa yang tersirat di hati ini..tiada siapa di dunia ini dapat memberi aku kebahagiaan sepenuhnya melainkan Allah s.w.t. Aku sedar siapa diri aku. Aku hanyalah insan yang kerdil meminta simpati atas kasih seseorang yang bukan untukku. Aku kini sedar bahawa tiada siapa di ciptakan untuk hidup bersamaku. Aku kini sedar bahawa kesempurnaan tidak pernah ada pada diriku. Walaupun aku hidup dengan angan-angan namun aku tidak mungkin akan dapat apa yang aku inginkan dalam hidup ini. Apalah daya aku untuk meminta untuk dikasihi. Apalah dayaku untuk meminta dicintai sedangkan kasih dan sayang seseorang itu hanyalah untuk seorang perempuan yang benar-benar sempurna dan cantek bagi dia. Aku bukanlah gadis yang dia cari selama ini. Baru kini aku sedar bahawa kata-kata lelaki hanyalah untuk memuaskan diri mereka dan bukan untuk seorang gadis seperti aku. Aku cuba untuk tabahkan hati ini,cekalkan hati ini demi meneruskan sisa-sisa hidup yang masih berbaki ini. Aku akur dengan kehendak Allah s.w.t jika Dia ingin aku kembali kepadaNya. Aku hanya menunggu Allah s.w.t. mengambil nyawaku supaya aku dapat ketenangan yang abadi. CINTA MEMANG TAK PERNAH WUJUD UNTUK GADIS SEPERTI AKU.
Life is 0ur 0wn tales..
Life is 0ur 0wn tales..
Subscribe to:
Posts (Atom)