Friday, 30 March 2012

Percintaan Jarak Jauh



Macam mana nak kekalkan hubungan percintaan jarak jauh nie. Banyak dah cerita yang aku dengar mengenai perkara nie dan ramai yang tanya tips bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh nie. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi. Aku sendiri pernah lalui situasi nie..

Kat sinie aku nak kongsi dengan korang tips2 bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.hehe..

P.E.R.C.A.Y.A pada pasangan

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Saling mempercayai dalam berpasangan nie adalah penting bagi kita. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

S.E.T.I.A walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa nie lah kawan-kawan menjadi penyeri. Tapi, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikir lah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

B.E.R.J.U.M.P.A walaupun seketika

Jangan jadikan jauh tu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Tentulah rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan tu, rancanglah untuk berjumpa. Nie lah cara untuk mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu. Tapi bagi aku walaupun dia depan mata, rindu tu tak pernah hilang dan berkurang..huhu

Tanyalah K.H.A.B.A.R

Setiap malam sebelum tidur tu kalau boleh cuba call si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini korang yang call dia. Esok dia pulak. Dengan cara camnie baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia ja yang akan call korang. Tentulah dia akan berasa susah nak call korang kalau dia saja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari U.L.A.N.G T.A.H.U.N bersama

Sekiranya tak buzy sangat, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Kalau birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu. Luangkan masa bersama untuk mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan tu sekejap ja, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian bila mengenangkan kembali kenangan manis macam tu.

Jangan jadikan jarak sebagai P.E.M.U.S.N.A.H

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu tu datang. Apabila keseorangan, tentu kita akan terasa sangat kerinduan tu. Tapi ingat, jangan jadikan jarak yang jauh tu sebagai pemusnah cinta korang. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan korang lebih bersemangat untuk meneruskan cinta tu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh, kita akan merasa rindu kan? Jadi jauh tu bukanlah satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia...

Hope korang ikut tips nie tau..berguna tuu..

Life is 0ur 0wn tales..

Monday, 26 March 2012

Tanda-tanda Mabuk Cinta..!!


Kadangkala kita tak sedar yang kita bercinta sehingga pada tahap yang terlampau. Proses tersebut adalah dikaakan proses mabuk cinta. Cuba kita lihat tanda-tanda MABUK CINTA.:-

1. Adanya fikiran obsesif, misalnya berterusan curiga terhadap kesetiaan pasangan, berterusan takut ditinggalkan pasangan sehingga ikut kemana pun kekasih pergi.

  1. 2. Selalu inginkan perhatian dari masa ke masa, tanpa ada toleransi dan pengertian.

  2. 3. Manipulatif, berbuat sesuatu agar pasangan mengikuti kehendaknya atau memenuhi keperluannya. Misalnya: mengancam untuk memutuskan hubungan jika mementingkan hobinya.

  3. 4. Selalu bergantung pada pasangan dalam segala perkara, apapun juga, mulai dari meminta pendapat, membuat keputusan sampai dengan memilih warna pakaian.

  4. 5. Selalu inginkan pasangan meluangkan masa bersama, perhatian, pengabdian dan layanan sepenuhnya dari pasangan. Jadi, pasangannya tidak boleh melakukan hobinya, berjalan-jalan dengan rakan-rakannya, atau bahkan memberikan sebahagian masanya untuk orang tua/keluarga.

  5. 6. Menggunakan seks sebagai alat untuk melayan dan mengikat kekasihnya.

  6. 7. Menganggap seks adalah cinta dan cara untuk mengekspresikan cinta.

  7. 8. Tidak mampu memutuskan hubungan, meski merasa amat tertekan kerana terlampau ‘berharap’ pada janji-janji syurga kekasih.

  8. 9. Kehilangan salah satu perkara terpenting dalam hidup, misalnya pekerjaan atau keluarga demi mempertahankan hubungan.

Anda harus berhati-hati dengan tanda-tanda MABUK CINTA seperti di atas. Sebab bila ianya sudah terjadi kepada anda, maka risikonya akan menjadi besar. Banyak beban yang harus anda tanggung dan pikul. Sehingga persoalan tidak akan dapat diselesaikan begitu saja.

Orang yang MABUK CINTA tidak mengenal erti ‘puas’ dalam setiap hubungan cintanya. Ibaratnya seperti mengisi gelas bocor yang tidak akan pernah penuh jika diisi, kerana apabila airnya dituang ia akan keluar semula.

Demikian juga orang yang ketagihan cinta, mereka tidak mampu membahagikan cinta secara tulus pada orang lain kerana selalu merasa kehausan cinta. Oleh sebab itu, ramai di kalangan mereka yang sering berganti kekasih kerana merasakan harapan tidak dapat dipenuhi oleh pasangannya.





Life is 0ur 0wn tales..

Monday, 19 March 2012

Maafkan saya kerana mencinta awak..!!

Maafkan saya kerana mencintai awak. Saya tak pernah minta perasaan ini, tak pernah menduga ras cinta ini, namun tidak pula saya cuba utk menghentikan gelora di jiwa ini. Saya akui saya tak mampu hidup tanpa awak. Saya tidak inginkan kehidupan yg sebegitu,kehidupan tanpa awak. Kehidupan yg kosong tanpa awk di sisi. Saya sedar saya tak mgkin akan memiliki awak. Saya tahu awak akan jadi milik owg lain. Tetapi saya berjanji akan mencintai awak di seumur hidup saya. Kerana semua itu bukan penghalang cinta saya pada awak. Kerana saya rasa bangga utk terus menjunjung cinta ini,sedaya mampu akan saya pertahankan. Saya akan terus menunggu awak kembali kepad saya walau siapa pun awak saat itu. Hanya awak yang saya nantikan untuk menemani hayat saya hingga ke akhirnya. Biarlah apa yg ingin awk katakan, yg ingin awk tafsirkan hingga awak menganggap saya gila kerana mencinta awak yang akan menjadi milik orang. Saya tak pedulikan semua itu kerana cinta ini lahir bukan kerana rekaan, bukan juga kerana lakonan. Hakikatnya awak juga mencinta saya dan itu yang penting buat saya. Saya hanya ingin awak tahu, saya amat mencintai awak sepenuh hati saya. Maka izinkanlah saya untuk terus mencintai awk walau siapa pun yang memiliki awk. Saya akan pergi dari hidup awak bila awak betol2 adalah milik orang yg sah. Carilah saya bila mana awak memerlukan saya kerana saya akan tetap ada untuk awak walau di mana saya berada. Seseungguhnya kata-kata awak benar, saya memang gila kerana cintakan awak, saya cintakan awk sangat. Harap awak menyedarinya..terima kasih kerana memberi peluang untuk saya mencintai awak.


Life is 0ur 0wn tales..

Friday, 16 March 2012

Getaran itu...

Getaran itu..
Yang ku rasa
Semakin hari
Semakin kuat
Entah apakah
Yang bakal tiba
Atau hanya mainan di jiwa

Getaran itu..
Semakin mendebar didada
Kian mendalam
kala aku teringatkan kamu
Kian kencang
saat aku berdepan denganmu

Getaran itu..
Getaran jiwa
Yang melanda di hati
Adakah itu getarn cinta
Atau sekadar mainan hati yang kekosongan..


Tuesday, 6 March 2012

Aku adalah aku...


Aku adalah aku..
Tentang diriku,
Tak siapa yang tahu
Walau berjuta cerita
Ia tetap tak menjadi apa-apa
kerana aku adalah aku
dan selamanya diriku begini...

Life is 0ur 0wn tales..

Nothin to say...

Tak da apa2 yg aku nak post..huhu..
kesian nya..tapi skg nie aku tgh bored sgt2..kt opis tak taw nak watpa..apa punya pekerja la tak taw nk wat kja..<<-- maki diri sendiri plak..
hehe..tapi seriously aku mmg bosan giler tahap cipan nie...dh la boss aku msok ICU malam td..adoi..mkin la aku xda kja..huhu...tp aku nk siapkan akaun aku jp..huhu..tata..titi...tutu..






Life is 0ur 0wn tales..