Monday, 18 June 2012
01 Call Me Maybe.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - Kang Jyeh Choi
Life is 0ur 0wn tales..
Monday, 7 May 2012
Doa Dalam Kesedihan
Ya Allah..Kepadamu aku mengadukan kelemahan kekuatanku,
Dan sedikitnya kemampuanku,
Serta kehinaanku dihadapan manusia.
Wahai Sebaik-baik pemberi kasih sayang,
Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku.
Kepada siapakah Engkau serahkan diriku,
Kepada orang yang jauh yang menggangguku,
Atau kepada musuh yang akan menguasai urusanku,
Asalkan Engkau tidak marah padaku maka tiadalah keberatan bagiku,
Akan tetapi kemurahan-Mu jauh lebih luas bagiku.
Aku berlindung dengan Cahaya Wajahmu yang akan menerangi seluruh kegelapan,
Dan yang akan memberikan kebaikan segala urusan dunia dan akhirat,
Untuk melepaskan aku dari Marah-Mu,
Atau menghilangkan Murka-Mu dariku.
Hanya pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan keredhaan-Mu,
Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Mu.
Life is 0ur 0wn tales..
Thursday, 3 May 2012
W0rds of L0nely Queen..
Life is 0ur 0wn tales..
Friday, 30 March 2012
Percintaan Jarak Jauh

Macam mana nak kekalkan hubungan percintaan jarak jauh nie. Banyak dah cerita yang aku dengar mengenai perkara nie dan ramai yang tanya tips bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh nie. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi. Aku sendiri pernah lalui situasi nie..
Kat sinie aku nak kongsi dengan korang tips2 bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.hehe..
P.E.R.C.A.Y.A pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Saling mempercayai dalam berpasangan nie adalah penting bagi kita. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.
S.E.T.I.A walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa nie lah kawan-kawan menjadi penyeri. Tapi, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikir lah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
B.E.R.J.U.M.P.A walaupun seketika
Jangan jadikan jauh tu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Tentulah rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan tu, rancanglah untuk berjumpa. Nie lah cara untuk mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu. Tapi bagi aku walaupun dia depan mata, rindu tu tak pernah hilang dan berkurang..huhu
Tanyalah K.H.A.B.A.R
Setiap malam sebelum tidur tu kalau boleh cuba call si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini korang yang call dia. Esok dia pulak. Dengan cara camnie baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia ja yang akan call korang. Tentulah dia akan berasa susah nak call korang kalau dia saja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
Sambut hari U.L.A.N.G T.A.H.U.N bersama
Sekiranya tak buzy sangat, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Kalau birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu. Luangkan masa bersama untuk mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan tu sekejap ja, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian bila mengenangkan kembali kenangan manis macam tu.
Jangan jadikan jarak sebagai P.E.M.U.S.N.A.H
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu tu datang. Apabila keseorangan, tentu kita akan terasa sangat kerinduan tu. Tapi ingat, jangan jadikan jarak yang jauh tu sebagai pemusnah cinta korang. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan korang lebih bersemangat untuk meneruskan cinta tu.
Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh, kita akan merasa rindu kan? Jadi jauh tu bukanlah satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia...
Hope korang ikut tips nie tau..berguna tuu..
Monday, 26 March 2012
Tanda-tanda Mabuk Cinta..!!

- 2. Selalu inginkan perhatian dari masa ke masa, tanpa ada toleransi dan pengertian.
- 3. Manipulatif, berbuat sesuatu agar pasangan mengikuti kehendaknya atau memenuhi keperluannya. Misalnya: mengancam untuk memutuskan hubungan jika mementingkan hobinya.
- 4. Selalu bergantung pada pasangan dalam segala perkara, apapun juga, mulai dari meminta pendapat, membuat keputusan sampai dengan memilih warna pakaian.
- 5. Selalu inginkan pasangan meluangkan masa bersama, perhatian, pengabdian dan layanan sepenuhnya dari pasangan. Jadi, pasangannya tidak boleh melakukan hobinya, berjalan-jalan dengan rakan-rakannya, atau bahkan memberikan sebahagian masanya untuk orang tua/keluarga.
- 6. Menggunakan seks sebagai alat untuk melayan dan mengikat kekasihnya.
- 7. Menganggap seks adalah cinta dan cara untuk mengekspresikan cinta.
- 8. Tidak mampu memutuskan hubungan, meski merasa amat tertekan kerana terlampau ‘berharap’ pada janji-janji syurga kekasih.
- 9. Kehilangan salah satu perkara terpenting dalam hidup, misalnya pekerjaan atau keluarga demi mempertahankan hubungan.
Anda harus berhati-hati dengan tanda-tanda MABUK CINTA seperti di atas. Sebab bila ianya sudah terjadi kepada anda, maka risikonya akan menjadi besar. Banyak beban yang harus anda tanggung dan pikul. Sehingga persoalan tidak akan dapat diselesaikan begitu saja.
Orang yang MABUK CINTA tidak mengenal erti ‘puas’ dalam setiap hubungan cintanya. Ibaratnya seperti mengisi gelas bocor yang tidak akan pernah penuh jika diisi, kerana apabila airnya dituang ia akan keluar semula.
Demikian juga orang yang ketagihan cinta, mereka tidak mampu membahagikan cinta secara tulus pada orang lain kerana selalu merasa kehausan cinta. Oleh sebab itu, ramai di kalangan mereka yang sering berganti kekasih kerana merasakan harapan tidak dapat dipenuhi oleh pasangannya.
Monday, 19 March 2012
Maafkan saya kerana mencinta awak..!!
Maafkan saya kerana mencintai awak. Saya tak pernah minta perasaan ini, tak pernah menduga ras cinta ini, namun tidak pula saya cuba utk menghentikan gelora di jiwa ini. Saya akui saya tak mampu hidup tanpa awak. Saya tidak inginkan kehidupan yg sebegitu,kehidupan tanpa awak. Kehidupan yg kosong tanpa awk di sisi. Saya sedar saya tak mgkin akan memiliki awak. Saya tahu awak akan jadi milik owg lain. Tetapi saya berjanji akan mencintai awak di seumur hidup saya. Kerana semua itu bukan penghalang cinta saya pada awak. Kerana saya rasa bangga utk terus menjunjung cinta ini,sedaya mampu akan saya pertahankan. Saya akan terus menunggu awak kembali kepad saya walau siapa pun awak saat itu. Hanya awak yang saya nantikan untuk menemani hayat saya hingga ke akhirnya. Biarlah apa yg ingin awk katakan, yg ingin awk tafsirkan hingga awak menganggap saya gila kerana mencinta awak yang akan menjadi milik orang. Saya tak pedulikan semua itu kerana cinta ini lahir bukan kerana rekaan, bukan juga kerana lakonan. Hakikatnya awak juga mencinta saya dan itu yang penting buat saya. Saya hanya ingin awak tahu, saya amat mencintai awak sepenuh hati saya. Maka izinkanlah saya untuk terus mencintai awk walau siapa pun yang memiliki awk. Saya akan pergi dari hidup awak bila awak betol2 adalah milik orang yg sah. Carilah saya bila mana awak memerlukan saya kerana saya akan tetap ada untuk awak walau di mana saya berada. Seseungguhnya kata-kata awak benar, saya memang gila kerana cintakan awak, saya cintakan awk sangat. Harap awak menyedarinya..terima kasih kerana memberi peluang untuk saya mencintai awak.
Friday, 16 March 2012
Getaran itu...
Tuesday, 6 March 2012
Aku adalah aku...
Nothin to say...
kesian nya..tapi skg nie aku tgh bored sgt2..kt opis tak taw nak watpa..apa punya pekerja la tak taw nk wat kja..<<-- maki diri sendiri plak..
hehe..tapi seriously aku mmg bosan giler tahap cipan nie...dh la boss aku msok ICU malam td..adoi..mkin la aku xda kja..huhu...tp aku nk siapkan akaun aku jp..huhu..tata..titi...tutu..
Life is 0ur 0wn tales..
Tuesday, 14 February 2012
LiFe aKu sKg
Its ok la..dh xda jdoh nak buat macam mna...kita hanya mampu merancang tp Allah yang menentukan..sesungguhnya Allah lebih tau apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.. DALILA..dah k..x payah nak cdeyh2..nti buruk la muka..hehe..<<-- pujuk hati sendiri plak.
Aku sekarang nak kata happy dengan life tanpa bf pn ada gak..kepala x tension..nak kata xsdeyh tu biasa la..smua pempuan camtu kan..kalau dok sowg2 kt umh mesti aku teringat punya & bermula l aepisode cinta sdeyh akuu..huhu..
Dah tamo cakap sal cinta agi..aku nak happy2 sekarang & nak enjoy ja..soal jdoh biarlah Allah s.w.t yang tentukan k..Aku akan sentiasa berdoa agar aku dapat jodoh yang btol2 aku nak..Insyaallah..AMIN..
Aku banyak la jgak nak story sebenarnya..memandangkan aku kat tempat keja so..aku agak takot la nak story panjang lebar..ckup stakat nie aku story yang aku dah tamo sdeyh2 agi..hehe..harap korang pown happy sama k..kpd yang putus cinta & kecewa 2 bawak bersabar banyak2 k..
Life is 0ur 0wn tales..
Saturday, 14 January 2012
Hatiku Rapuh..
Begitukah balasan terhadap cintaku yang setia.? Akhirnya hatiku di permainkan seorang lelaki yang teramat aku cintai..Perlukah dia memperlakukan aku seperti ini setelah dia meraih dan menagih cinta dariku. Apa yang harus aku lakukan Ya Allah. PASRAH..?? REDHA DENGAN KETENTUANMU..?? Hatiku hancur dikala si dia melafazakan kata putus.. Aku tidak tahu apa akan terjadi kepada cintaku selepas ini. Hatuku Rapuh..namun cintaku padaMu tidak mungkinkan pudar Ya Allah...ku berserah hanya padaMu..Moga Engkau mendengar rintihan hati hambaMu yang lemah ini. Andai dia adalah jodohku dan telah tertulis di Loh Mahfuz jodoh kami, ku Pinta dan ku memohon kepadaMu YA Allah..kau satukan hati kami. Hanya kebahagiaan dariMu membawaku bahagia hingga ke Syurga yang Abadi..INSYAALLAH...AMIN..
Life is 0ur 0wn tales..
Thursday, 12 January 2012
Thursday, 5 January 2012
Setiaku Korbankan
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran
Rinduku embunan di lautan
Cintamu debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan
Kau janjikan bahagia
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
Kau janjikan setia
Rapuh ku berpegang untuk hidup bersamamu
Kembalilah hangati semula asmaraku dengan mu
Demi cinta suci
Andainya tak mungkin ku miliki
Keayuan kasih impianmu
Lepaskan asmara di jiwaku
Setia ku korbankan
Life is 0ur 0wn tales..

