Ya Allah..betapa aku kesali hidup begini. Adakah aku di perlakukan dengan adil? Adakah ini ujian darimu semata-mata untuk menguji kekuatan cintaku atau adakah Engkau sedang memberi aku petunjuk bahawa si dia bukan lah untuk ku. Aku kini dalam dilema. YA Allah bantulah aku. Tiap hari aku sujud kepadamu Ya Allah meminta agar kau tenangkan hati dan perasaan ini. Namun lebih teruk lagi Engkau tunjukkan sesuatu kepadaku Ya Allah. Ya Allah..aku sudah tidak berdaya lagi untuk menanggung penderitaan ini Ya Allah. Bantulah aku, kuatkan lah semangatku, tabahkan lah hatiku untuk menerima semua ini Ya Allah. Hanya si dia yang aku cinta. Mengapa dia mempermainkan perasaanku Ya Allah. Adakah benar dia tidak ada lagi perasaan cinta terhadapku Ya Allah. Sekian lama aku menyintai dia. Cinta ini juga bukan aku yang pinta. Ini semua kerana dia. Kenapa aku perlu kesal sedangkan si dia sudah tidak ada perasaan kasih pd aku lagi. Untuk apa cinta ini tersimpan di hati ini lagi. Sungguh aku tak dapat lupakan semua nya Ya Allah. Adakah ini balasan darimu Ya Allah kerana aku pernah mempermainkan perasaan lelaki laen sebelum dia. Siapa aku untuk dia Ya Allah. Aku hanya dapat luahkan perasaanku melalui apa yang aku tulis. Namun untuk meluahkannya sudah tidak berdaya lagi. Pada siapa untuk aku luahkan luka di hati ini Ya Allah. Hanya padamu yang mempu aku luahkan segalanya kerana Engkau tidak pernah mengecewakan hambamu yang sedang dalam dilema dan dalam kesusahan. Pada si dia..sudah tidak ada erti lagi aku buat dirinya Ya Allah. Haruskah aku mengalah dengan percintaan kami? Sungguh aku keliru sekarang Ya Allah. Cintanya umpama hidupku Ya Allah. Dia yang membuat diriku mengharap semua cinta ini. Dia yang memulakan dulu kasih ini. Menagpa dia perlu mengakhirinya? Kata-kata cintanya padaku dulu sungguh aku tidak pernah lupa. Sungguh aku tidak pernah hilangkan segala kenangan kami Ya Allah. Kenapa perlu jadi begini?Aku terkeliru antara ujian dan petunjukmu Ya Allah. Barilah aku jawapan kepada semua yang berlaku pada hidupku Ya Allah. Tidak tertanggung lagi perasaan ini dan tiada daya lagi untuk teruskan hidup dengan semua ini. Andai Engkau beri aku pilihan untuk hidup atau mati. Aku rela memilih mati dan untuk berada di sisimu Ya Allah. SESUNGGUHNYA CINTA KEPADAMU LEBIH KEKAL ABADI.
Life us 0ur 0wn tales..